Tuesday, 18 April 2017

Umrah 2017 - Persiapan

Assalammualaikum

Alhamdulillah ade lagi mood rajin tu datang. kikikiki. jom sambung lagi. aku buat by part lah. takde pening korang baca panjang sangat. haha

ILMU UMRAH

Ni penting sangat. tolong pergi kursus. habis kan siri. macam andalusia ada 3 siri. alhamdulillah walaupun kami suntuk dah haritu berjaya pergi 5 kali kursus. ilmu sangat penting. mesti pergi. jangan ambil mudah. nanti taktau nak buat macam mana. mana lah tau ujian kita kat sana terpisah dari mutawwif ke. paling penting larangan dalam ihram. kang tak pasal kena dam.

PAKAIAN

Bawak seadanya. sebab kat sana nanti korang kena basuh. bawak banyak2 kang beg berat pulak. balik kang nak bawak barang melontar(shopping) lagi haha. jubah tu kalau korang menyusu elok lah bawak dari sini. kalau nak beli kat sana susah nak jumpe yang ade zip kat depan. ade pun pendek sangat zip nye. kalau korang tak menyusu, bawak 3/4 helai je jubah. pastu beli je kat sana. aku yang pendek ni pun banyak saiz. takyah potong dah. orang arab dah tau dah orang malaysia paling kuat shopping. jadi jubah dah banyak saiz kita HAHA. percaya cakap aku korang mesti beli sebab lawa2/murah2 jubah kat sana HAHA..telekung takyah bawak kain. kalau nak bawak pun sehelai dah. kot mana tau ade time terpaksa solat kat hotel ke. pergi masjid pakai jubah, stokin, telekung. ok boleh solat dah. bawak mini telekung lagi bagus. bila time ziarah nak solat terus je pakai mini telekung.

VISA

Ni cuma sediakan dokumen jelah. selebihnya pihak agensi settle kan.
4 keping gambar, dokumen mahram - kalau kita dah kahwin surat nikah, anak-anak surat beranak, buku vaksin. hannah dengan hadeen je cucuk vaksin. hidzqi tak. rasa nye tak sesuai vaksin ni untuk bawah 2 tahun. tanya doc pun dia kata tak payah. cucuk ni tahan untuk 5 tahun.

ANAK-ANAK

Bawak segala keperluan anak. sweater sangat penting. kita nak keluar subuh2 kan sejuk. baju tak perlu bawak banyak. sebab kita akan basuh jugak. sana cepat kering. sebelum pergi cakap dengan anak selalu, kita nak jalan jauh. nak pergi masjid. takmau meragam. kena behave. pesan je dorang faham je.  

UBATAN

Penting sangat bawak. kat sana aku tak nampak klinik pun. farmasi je ada. pastu taktau ubat yang sesuai dengan kita. bawak je dari malaysia. ubat demam, batuk, ubat sakit tekak, ubat cirit birit. lotion pun sila bawak. vaseline tu ok. kat sana pun banyak jual. kalau kat madinah cuaca sejuk, kulit cepat kering. sampai je terus sapu. jangan dah kering baru sapu. macam aku haha ubat sakit kaki pun bawak. yoko-yoko tu bagus sangat berkesan tuk sakit kaki. 

FIZIKAL

Exercise lah sikit sebelum pergi tu. banyakkan berjalan. jangan jadi macam kami. asyik lah nak pergi jogging la ape la. sampai dah pergi pun tak buat haha. kat sana memang banyak berjalan. tawaf 7 pusingan tu dalam 2km lebih. saei pulak dalam 4km lebih. agak sakit jugak kaki tu. tu penting yoko-yoko tadi haha. tapi bila dah buat kali kedua tak rasa dah. dia dah jadi biasa hihi. kita perempuan boleh pakai stokin. beli stokin tuk tawaf tu. tebal sikit. kesian kat lelaki lah dorang takleh pakai. sakit jugak tu tumit kaki. tu kena sapu lotion selalu.

ROHANI

Banyakkan solat sunat taubat, hajat dan tahajjud. tolong buat. mesti. solat taubat, kita ni sentiasa berdosa. biarlah kita dalam keadaan bersedia nak ke rumah Allah. solat hajat, mintak dipermudahkan ketika di sana. solat tahajjud melatih kita bangun awal nanti. dekat masjidilharam pukul 3 pagi dah kena pergi masjid dah. subuh pukul5. 2 jam awal kena ada kat sana. kalau tak susah nak dapat tempat. betulkan niat kita. doa doa dan doa dipermudahkan urusan. tolong jangan doa yang pelik2. contoh jangan lah asyik nak berak2 kat sana aku nak buat ibadah. ada jemaah 2 minggu tak berak. sehari lagi nak balik seram sejuk menggigil sebab tak berak. doa je dipermudahkan semua urusan. banyak kan istighfar. 

Rasa nya tu tu je kot yang penting. nanti kita sambung lagi eh. 



eh kembang nya muka mak >_< dalam flight sebelum berlepas. ada lagi line celcom masa ni haha


Baca sini juga hihi


4 comments:

Yana MIB said...

thank youuu sharing and tips...teringin betul nak pi sana..harap ada la rezeki kami nanti...amin amin

Cik Puan Mimi said...

Bagus tips ni. Tq

CikNaa said...

terbaik info..baru tau yoko2 boleh guna kat kaki..tQ nez

achiek anis said...

Bestnya jadi tetamu Allah...semoga ada rezeki kami jgk utk ke sana...