Monday, 17 April 2017

Jemputan Terindah

Assalammualaikum kepada semua pembaca..

Ada lagi ke pembaca haha. last entry mei 2016. masyaAllah. nasib tak setahun lagi. hahaha. alhamdulilah masih boleh bukak lagi blog suam-suam kuku ni kikikikii

Rasa-rasa macam malas dah nak tulis blog ni atas faktor lambakan media sosial yang semakin berkembang pesat ni. hahaha. tapi  sebabkan nak abadi kan kenangan menjadi tetamu Allah mac lalu. meh lah kita usahakan abadi kan kenangan terindah ni dalam blog. bosan-bosan nanti boleh lah baca balik hihi

Alhamdulillah kami sekeluarga di jemput Allah menjejaki kaki ke tanah suci yang penuh barakah itu pada 14 mac yang lalu. syukur sangat tak sangka dapat sampai sana ketika usia yang agak muda ni tambah dengan anak2 pulak. tapi siapa sangka. tiada rancangan lansung. hanya terdetik kat hati nanti pencen pergi haji. tapi masyaAllah perancangan Allah maha hebat. Dia jemput hamba nya di kala hati hamba nya asyik lah teringin nak ke negara2 eropah dan sebagainya. Allah....terlalu naif hambamu ini. bila dah sampai sana..subhanallah..indah nya tuhan yang tahu. sekarang rasa sakit nya merindu suasana kat sana dan rasa nak pergi berkali-kali. seumur hidup aku, ini lah tempat yang teramat indah yang pernah aku jejak. tiada tandingan aku rasa.. :'(

Betul la ustaz masa kursus cakap, sebenarnya memang Allah dah jemput kita ke sana. kadang2 ada dah sampai airport visa tak lulus, kadang2 ada orang cukup dari segi rezeki untuk ke sana tapi tak pergi-pergi. jadi bersyukur lah bila dah sampai tu, sebenarnya kita sudah di jemput Allah ke rumahNya..alhamdulillah..

Meh cerita sikit macam mana aku dan anak-anak boleh pergi sekali ni. asalnye asri je nak pergi dengan mil dan family abg ipar. redha jelah asal nye tak pergi. pakcik asri kata nanti nak bawak kami pergi krabhi bila dia balik umrah nanti. konon macam upah lah kena tinggal hahaha..tapi hati tu rasa cemburu sangat dia nak pergi tu..jauh di sudut hati tu.. NAK IKUT!!! hahaha dasar sangat. pastu ada satu haritu pakcik asri tanya taknak pergi ke. anak-anak tinggal kita pergi berdua je katanya. last-last fikir punya fikir asri kata angkut jelah semua. puas google sana sini tips bawak anak. lagi lah kuat rasa nak bawak anak tu bila ros anis komen kat ig dia tulis, "aku, kalau dapat peluang macam ko aku pergi je weh. anak2 kita cuba handle insyaAllah". bila dia cakap PELUANG TU lah aku rasa betul la keputusan aku tu. dengan kata-kata ros anis tulah aku bertambah semangat nak bawak anak! terima kasih sahabat sebab yakin kan aku!

Masa kami nak prepare nak pergi ni suntuk sangat dah . nak prepare segala benda. bayar booking bulan 1. bulan 3 dah nak pergi. bayangkan lah. patut visa kena hantar dokumen bulan 12 tapi alhamdulillah walaupun dah terlambat visa kami lulus. servis dari pihak andalusia sangat terbaik. syukur bahagian kami di permudahkan. mutawwif sangat perihatin. makan pun sedap sangat. syukur alhamdulillah.


kat airport masa ni. tak cukup ahli jemaah. 12 orang semua campur budak-budak tu hehe.

ok lah nanti kita sembang lagi. insyaAllah nanti sambung lagi part seterusnya. semoga diberi kerajinan yang tinggi..amin! :)


5 comments:

mrs kayrul said...

seronok baca citer anez..next sambungan cepat sikit..x sabar

DYatie ABakar said...

Betul nez.. Memang Allah jemput Anez sekeluarga.. Ada cerita yang dah sampai tapi tiba-tiba tak sihat, jadi terperap dalam bilik je sampai hari balik..

Tak sabar nak tunggu sambungan.. Aku bab2 ke sana ni murah sangat air mata.. Baca intro ko ni pun aku dah bergenang air mata..

ROS ANIS RUSLI said...

lama aku tak ngomen kat blog2..blog sendiri pun karam..hehe.. alhamdulillah beb..walau aku xsampai nasihat,kata2 aku buat ko yakin last sampai sana jugak.. tiap kali tgk pic ko kt sana aku sebak.. teringin sangat nak pergi..doakan rezeki aku sampai sana suatu hari nanti..

Zie Azi said...

syukur Alhamdulillah kak, klu dah tertulis rezeki utk ke sana, segla urusan dipermudahkan..seronok baca akk bercerita

CikNaa said...

oooo camtu kisahnya. tapi Allah permudahkan urusan anez kan..anak2 behave je ciknaa tengok